Home

Thursday, February 5, 2009

playback 1..^_^




Salam..
aku dh habih baca buku Tuhan Manusia dr FT. cite nih mmg best, mainly berkisar ttg kes murtad yg gempak dn panas akhir2 nih. pasal cite sebuah keluarga yg dilanda bencana. "ali taqi" watak utama, remaja belasan tahun mencari kebenaran dan mngkaji akar umbi permasalahan murtad setelah abg kandungnya sendiri talha kecundang dan mnggadai maruah agama.

buku ni sarat dgn ilmu. bagaimana ali taqi belajar untuk cuba memahami mengapa abgnya murtad. belajar ttg pertembungan fikrah timur dan barat


" Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama"


sekarang aku tgh baca - "bedar sukma bisu"


ni sinopsis dia ..dari kulit buku kekeke
Syahdu mempesonakan, kisah sebuah semenanjung. Tanahnya emas, lautannya perak berkilauan. Ada pohon dan tanam-tanaman. Ada hujan menyegarkan. Ada sungai-sungai mengalir perlahan. Ada awan-gemawan melitupi meneduhkan. Ada binatang jinak sering bermanjaan. Ikan-ikan semuanya boleh dimakan. Ada laut yang bergelora permukaan tetapi tenang di dalam. Wafada tidak pernah lelah belayar, sejak masih anak-anak. Dia keluarga dari lautan. Wafada juga dilanda cinta muda, sejarah lampau dan kemelut saudara. Kisah pelayaran menyesuri Nusantara yang agam gemilang oleh ketamadunan Melayu - Islam. Di sini kita akhirnya mengerti, mengapa alam emas ini sering menjadi rebutan, menjadi tarikan dan tumpuan. Menjadi sukma di hati. Sebuah saga tepu falsafah, tentang laut, bedar, niaga, perang, cinta, tauhid, peradaban dan sejarah luka. Bedar Sukma Bisu pasti menggugah rasa. "

0 peduli:

Post a Comment