Home

Showing posts with label book reading - Andrea Hirata ID. Show all posts
Showing posts with label book reading - Andrea Hirata ID. Show all posts

Monday, February 16, 2009

Maryamah Karpov..ada apa dengan mu..



maryamah karpov ~ mimpi mimpi Lintang
aku memiliki buku ini
las yr dlm bln dis...
tp baru yesterday aku habis baca....huh
baca dgn penuh perasaan dn penghayatan
hingga aku jua bagaikan terhanyut
ke pulau belitong
tanah di mana bermula nya kisah laskar pelangi

naskah maryamah karpov ini begitu
komplex dn comprehensive bg aku
:)
rasanya saudara penulis
menceritakan begitu terperinci ttg kehidupan
dan perjalanan hidup masyarakat pulau belitong
begitu warna warni dgn tabiat dan sikap
kaum2 yg diam di situ

perjlanan kisah MK ini bermula
seusai ikal selesai menamatkan pengajian di sorbonne
dan mengatur pulang ke tanah kelahiran
persis laksana laksamana
pulang membawa kejayaan
yg membanggakan
sepulau penduduk
ikal..pulangnya dr sorbonne
wahh...anak bijak!!!!

cinta ikal masih terus subur dlm naskah ini
usaha ikal utk menemukan cinta hatinya
tanpa jemu dn lelah

cinta mmbuat ikal sanggup mmbuat apa saja
demi utk menemui a ling
walau dlm keadaan apa pun
demi cinta, ikal sanggup mnjd kuli timah
utk mengumpul wang
utk mmbina perahu
demi mnjejaki cintanya
yang dikata berada di batuan
pulau di luar singapura

misi ikal dengan pembinaan perahu
di dalangi shbtnya lintang
lintang lh yg menentukan
ttg ukuran, kayu dn segalanya
umpama ini adalh mimpinya
mungkin....lantas kapal itu
diberi nama Mimpi Mimpi Lintang...

perjlnan ikal ke batuan juga
umpama sebuah kembara mistik
berhadapan dgn rintangn angin
laut bergelora, lanun yg xpunya belas
aduh...begitu mencabar
namun ikal ditemani sang rakan
mahar yg umpama penyelamat ikal dlm pelayaran ini
mahar yg mistik...dukun muda amatur...

pelayaran ikal ini berjaya
berjaya menemukan ikal dgn cinta hati
a ling yg cantik, a ling yg manis
a ling yg punya jari jari nan cantik
ikal berjaya mmbawa a ling pulang
kesudahan yg menggembirakan kan???

namun penyudah yg benar amat2 bingung dn klise
saat ikal memohon izin dr sang ayah
utk meminang a ling
saat plg tragis dn bingung
sang ayah hanya memandang kosong
sambil mengalir air mata
aduhh..tiada restu
tp kenapa sang ayah tidak mmberi restu
terkesima

~the end~

fuh..ending yg sungguh2 anticlimax
atau lebih sesuai dikata
ending yg bagaikan boost up energy...
apa????? stlh susah2 masih xdpt miliki cinta!!!!!
aduhai....

readers, u hv to make ur own conclu
cuma ayat last ini mybe mmberi sedikit suntikan
bahawa masih ada lagi cinta dn harapan utk mereka
bicara ikal - “…aku tak kan menyerah pada apapun untuknya…” 'nya'is referring to a ling

Tuesday, January 6, 2009

sang pemimpi ~ andrea hirata



alhamdulillah
dh habis aku baca buku sang pemimpi dan edensor
kalau ikutkan..kiranya aku dh terlangkau baca
sepatutnya kena baca
1. laskar pelangi
2. sang pemimpi
3. edensor
4. maryamah karpov

semuanya karya asli yg pertama dari sdr andrea hirata
kisah dr novel2 ini persis berdasarkan perjalanan hidupnya

saat membaca sang pemimpi aku begitu tersentuh
dgn watak arai
arai adlh saudara sepupu ikal...
travelogi ni begitu menyentuh hati

aku igt lagi ada satu frame-event di mana
arai sdg menunggu di tangga rumahnya
kedatangan ikal dan bapanya..
utk menjemputnya (arai)
( arai tlh menjadi yatim piatu )
sdr penulis telah melukis perjalanan suasana tersebut
dgn penuh kepedihan, kegusaran dan harapan
bagaimana arai bergelut dgn kesedihan dn kepedihan
di atas kehilangan ibu bapanya
bagaimana arai ditimpa rasa kegusaran menunggu
harapan dtg menjemputnya

dpt aku zahirkan di mataku
seorg ank kecil yg tiada apa2
menunggu di anak tangga rumah nan usang
menunggu penuh harapan
tetapi ada jua ragu dan gusar
takut harapan itu tak kunjung tiba

sungguh sedih...

seterusnya arai dn ikal menjadi saudara dn sahabat akrab
yang tidak dpt dipisahkan
perjalanan hidup mereka juga penuh dgn cerita2 jenaka dn kenakalan
sesuai benar dgn keadaan di masa kanak2 dn remaja
ikal sebenarnya byk didokong oleh peribadi arai
dimana boleh di kata ikal dn arai ibarat kembar siam

perjalanan kisah remaja mereka juga di tulis dgn begitu rencah
bagaimana mereka bekerja dan belajar demi mencapai cita2
perjuangan anak desa demi mencapai cita2 dan merubah kehidupan
watak si ayah juga ditampilkan dgn begitu bagus sekali
ayah yg hanya pekerja buruh biasa
yang tanpa lelah mencari rezeki utk sekeluarga
aku amat tersentuh dgn frame-di mana si ayah mengayuh basikal
beberapa puluh kilometer
dgn pakaian yg kemas yg di pakai hanya utk majlis2 penting
mengambil buku rekod pelajaran si anak ( ikal + arai )
begitu menyentuh hati...

kesimpulannya
cerita ini sgt best bagi aku
gambaran event sgt jelas
setiap watak di kembangkan dgn begitu halus
overall cerita ini mampu memberi inspirasi...

bacalah...



ingin ku gapai mimpi masa kecilku

Saturday, January 3, 2009

Laskar Pelangi by Andrea Hirata ~ a copypaste fr my 1.MQ



Laskar Pelangi adalah buku yg memberi inspirasi
memartabatkan pendidikan
dan memuliakan profesi seorg guru

Kisah ini memaparkan kehidupan
10 org pelajar2 miskin di wilayah belitong
yg serba kekurangan
tp penuh semangat dan waja diri
utk meraih ilmu
bersungguh2 mereka mengangkat martabat ilmu itu
dan juga menjulang imej SD Muhammadiyah
yg digambarkan spt bangsal buruk
yg menunggu masa untuk rebah..

watak utama adlh 10 kanak2 yg bergelar laskar pelangi
setiap dr mereka mempunyai kelebihan dan trademark sndiri
seperti pelangi..
mewakili pelbagai warna dan membawa pelbagai kisah kehidupan

1. Ikal - sdr penulis sendiri
2. Lintang; Lintang Samudra Basara bin Syahbani Maulana Basara
3. Sahara; N.A. Sahara Aulia Fadillah binti K.A. Muslim Ramdhani Fadillah
4. Mahar; Mahar Ahlan bin Jumadi ahlan bin Zubair bin Awam
5. A Kiong;Muhammad Jundullah Gufron Nur Zaman
6. Syahdan; Syahdan Noor Aziz bin Syahari Noor Aziz
7. Kucai; Mukharam Kucai Khairani
8. Borek aka Samson
9. Trapani; Trapani Ihsan Jamari bin Zainuddin Ilham Jamari
10.Harun; Harun Ardhli Ramadhan bin Syamsul Hazana Ramadhan

Barisan laskar pelangi yg punya peribadi yg berbeda
setiap watak mereka dilukis dgn begitu indah
teliti dn penuh perhatian
menandakan persahabatn atr laskar pelangi ini
begitu kuat dan dalam..

perkembangan awal laskar2 pelangi ini
dibentuk dengan begitu baik
oleh Ibu Guru Muslimah Hafsari
Justeru buku ini juga dikarang
adlh sebagai hadiah di atas pengorbanan
ibu Muslimah Hafsari terhadap dunia pendidikan

Guru ini mempunyai kelebihan tersendiri
membentuk laskar2 pelangi
menjadi orang yg menggilai ilmu
spt org yg kecanduan ilmu
Guru ini membentuk barisan laskar pelangi
menjadi seorg yg berani bermimpi besar..

Bagi aku buku ini hebat
walaupun penulisnya bukan dari dunia sastera penulisan
namun sdr andrea hirata menulis dari sisi kehidupan
menulis dari hati
maka apa yg dilontar dari hati itu
membekas di hati pembaca pembaca pula
lantas jln cerita menjadi semakin dekat
dn sangat menyentuh perasaan
inilah lukisan Laskar Pelangi yg indah

impak besar dari novel ini
Khabarnya..ramai org terpanggil
utk ke Desa Gantung, Kabupaten Gantung, Belitong Timur
utk mengenali siapa itu laskar pelangi
dan utk merasai sendiri
kehidupan yg mereka tempuh di masa kecil

more Laskar Pelangi


lukisan laskar pelangi yg indah