malam nisfu syaaban
Adapun kelebihan Malam Nisfu Syaaban itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu`az bin Jabal ra, bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya :
“Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nisfu Syaaban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”
Malam Nisfu Syaaban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.
Berkata Imam asy-Syafi`ie dalam kitabnya al-Umm:
“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya `Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya’baan.”
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah SWT. maka bersempena dgn kedatangannya, marilah kita bersama-sama
merebut segala kebaikan pd mlm itu. berdoa dengan bersungguh2 segala apa yg di hajati. berdoa bersungguh2 utk keselamatan kita semua dunia & akhirat
aku kopi dari : http://aki2004.wordpress.com <--- maleh nk link (T_T)
selamatkanlah kami dr gangguan jin, syaitan & manusia
0 peduli:
Post a Comment